Pesawat SKS Airways

KUALA LUMPUR – Mulai bulan depan hingga 29 Oktober 2022, SKS Airways penerbangan terus dari Subang ke Pulau Redang dan Subang ke Pulau Tioman ini akan ditambah kekerapan kepada dua kali sehari.

Pertambahan ini dibuat oleh SKS Airways susulan mendapat sambutan baik dalam pelancong tempatan dan asing sejak pelancarkan penerbangan komersial berjadual ke Pulau Redang and Pulau Tioman sejak 31 Januari dan 1 Mei lalu.

Pengarah SKS Airways, Dato’ Rohman Ahmad berharap perkembangan yang positif ini berterusan.

Menurutnya, SKS Airways akan melaksanakan beberapa penambahbaikan termasuk melancarkan modul ‘flight+hotel booking’ dan pakej percutian SKS Airways ke Pulau Redang dan Pulau Tioman.

Syarikat penerbangan itu mengalu-alukan kerjasama dengan industri yang terlibat seperti hotel, resort, agensi pelancongan dan jabatan pelancongan dalam mempromosikan destinasi pelancongan domestik.

Menggunakan pesawat 19-penumpang, DHC6-300 Twin Otter, yang terbang dengan purata ketinggian 10,000 kaki, SKS Airways menawarkan pengalaman percutian pulau yang mana penumpang dapat menikmati pemandangan luar yang menarik dari dalam pesawat sepanjang perjalanan.

Ini kerana, penerbangan ditawarkan terus dari Lapangan Terbang Subang dengan jadual penerbangan yang sesuai.

Katanya, tempahan penerbangan boleh dibuat melalui laman web, www.sksairways.com. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast