Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengembalikan pelaksanaan harga siling ayam sekiranya mendapati para peniaga mengaut keuntungan secara berlebihan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, permintaan ayam dijangka meningkat menjelang Hari Raya Aidiladha dan dalam masa sama subsidi tidak lagi diteruskan.