PLUS

KUALA LUMPUR – Lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Tapah ke Bidor di KM338.20 hingga KM339.25 arah selatan di Lebuhraya Utara Selatan akan ditutup kepada semua kenderaan selama empat hari bermula 27 Jun ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan sehingga 1 Julai itu bagi membolehkan kerja penyelenggaraan jalan dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan,” kata kenyataan itu.

Justeru, PLUS menasihatkan pengguna yang menghala ke selatan merancang perjalanan menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini.

Menerusi aplikasi berkenaan, pengguna dapat memantau keadaan lalu lintas melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan.

Pengguna juga dinasihatkan mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan tersebut. – MalaysiaGazette