Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid . Foto SYAFIQ AMBAK, 11 MEI 2021.

PETALING JAYA – Seorang lelaki kad pengenalan palsu untuk menyewa kenderaan yang digunakan untuk menyamun kedai serbenaka.

Aktiviti lelaki berusia 42 tahun itu akhirnya berjaya dihidu pihak berkuasa dan dia diberkas polis di sebuah rumah di Sungai Chua, Kajang pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki berkenaan menggunakan aplikasi tempahan kenderaan dalam talian untuk menyewa kereta dan meninggalkan kereta tersebut di tepi jalan.

Katanya, hasil siasatan mendapati lelaki tersebut aktif melakukan pecah masuk kedai serbaneka sejak awal tahun ini.

“Kita berjaya merampas beberapa keping kad yang digunakan untuk memalsukan kad pengenalan dan lesen kenderaan serta pelbagai peralatan pecah rumah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau dan ditahan reman selama 14 hari sehingga 29 Jun ini.

Ujarnya, sebanyak tiga kes pecah kedai serbaneka di daerah Petaling Jaya berjaya diselesaikan menerusi tangkapan berkenaan. – MalaysiaGazette