JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kadar Elaun Warden Asrama (EWA) dinaikkan sebanyak 25 peratus berkuat kuasa 1 Ogos ini, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dengan kadar baharu itu, EWA bagi Ketua Warden ialah sebanyak RM350 sebulan dan RM300 sebulan bagi Warden Asrama.

KPM berkata, kali terakhir kadar EWA disemak adalah pada tahun 1997.

Pertambahan bilangan warden asrama dan kenaikan kadar EWA ini melibatkan implikasi kewangan tambahan berjumlah RM18,990,480 setahun.

Menurutnya, KPM juga akan menambah bilangan warden asrama seramai 3,813 orang daripada 6,055 kepada 9,868 orang.

Ini melibatkan peningkatan sebanyak 63 peratus.

Menurutnya, pertambahan bilangan ini akan membolehkan penggiliran bertugas warden asrama di 1,874 buah sekolah dapat dilaksanakan di semua sekolah berasrama.

”KPM merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) di atas kelulusan kepada permohonan penambahan jumlah warden dan kenaikan kadar EWA,” katanya. – MalaysiaGazette