Pemandu lori balak yang terbalik di Jalan Kuantan - Segamat diberikan rawatan oleh anggota JBPM di lokasi.

KUANTAN – Seorang pemandu berjaya diselamatkan orang awam selepas lori membawa muatan kayu balakĀ  yang dipandunya terbalik di Jalan Kuantan – Segamat kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Kejadian tersebut mengakibatkan kesesakan di kedua-dua arah jalan itu selepas kayu-kayu balak bertaburan di tengah jalan.

Dalam kenyataan awal, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, seramai sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

Petugas Kementerian Kesihatan (KKM) tiba di lokasi kejadian lori balak terbalik di jalan Segamat – Kuantan. Kredit Bomba dan Penyelamat (JBPM)

Pegawai Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) yang tiba di lokasi memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.-MalaysiaGazette