Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memantau perkembangan semasa jangkitan Covid-19 terutama berkenaan risiko berlakunya gelombang baharu.
Dalam masa yang sama, Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pemain industri juga akan sentiasa diberi perkembangan semasa agar lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan.