Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai . Foto FAREEZ FADZIL, 07 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan sembilan individu untuk membantu siasatan kes pukul dan ugut bunuh seorang penduduk di sebuah kondominium di Segambut, dekat sini, yang membabitkan seorang pelakon lelaki pada 16 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, ia membabitkan mangsa dan doktor yang memberikan rawatan kepada mangsa.

“Kertas siasatan sudah dilengkapkan dan telahpun dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya baru-baru ini untuk arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Pelakon didakwa belasah orang bebas jaminan polis

Pelakon lelaki sensasi belasah penghuni kondominium direman

Pada Isnin lalu, pelakon itu  dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (IPD) selepas direman selama tiga hari. – MalaysiaGazette