Nur Hidayati Duwaijah Mazlan

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang telah dilaporkan hilang selepas meninggalkan rumahnya di Kampung Bandar Dalam Sentul pada 20 Jun lalu ditemui di Bangi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, beliau ditemui pada jam 6 petang di sebuah rumah yang dipercayai disewanya.

“Pemeriksaan lanjut mendapati remaja itu berseorangan di rumah sewa itu,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Semalam Eng Lai dalam kenyataan berkata, remaja itu keluar dari rumahnya pada jam 7.20 malam Selasa lalu untuk ke kedai

Tambah beliau, siasatan awal polis mendapati mangsa meninggalkan kediamannya untuk mencari pekerjaan bagi membolehkannya berdikari dengan tidak mengharapkan bantuan ibu bapanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Di mana Nur Hidayati menghilang?