Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Saudara pengarang,

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, saya memang bersetuju dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahin Sultan Iskandar bahawa demonstrasi jalanan adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak mencapai apa-apa.

Seperti yang diperkatakan oleh Sultan Johor, sudah tentu ada kaedah yang lebih bermakna untuk menyelesaikan isu dan turun ke jalanan pastinya bukan salah satu daripadanya.

Negara kita baru pulih daripada kesan pandemik Covid-19 dan perkara terakhir yang kita perlukan ialah demonstrasi untuk menghalau pelabur.

Seperti yang Sultan sebutkan, protes jalanan bukanlah cara Malaysia dan tidak akan ada pemenang apabila ini berlaku.

Saya tertanya-tanya apa yang DAP fikirkan apabila mereka mencadangkan tindakan tidak bertanggungjawab itu pada masa seperti ini?

Saya kini berusia lebih enam dekad dan sejak saya ingat, DAP sentiasa menjadi pencetus kekacauan.

Mengapa pemimpin Pakatan Harapan membuat kecoh? Lagipun, apa yang mereka menyumbang kepada rakyat apabila mereka berkuasa? Mereka tidak dapat menyelesaikan pun masalah dalaman mereka, apatah lagi melakukan sesuatu yang berguna untuk negara.

Bagi saya, sebagai pengundi yang telah mengundi dalam pelbagai pilihan raya umum dan kecil, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob menjalankan tugas dengan baik dan beliau harus dibiarkan untuk menyelesaikan apa yang beliau mulakan.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghargai apa jua faedah yang kita nikmati daripada kerajaan.

Daripada semua perjalanan saya, saya boleh katakan bahawa Malaysia adalah antara negara yang menikmati jumlah subsidi tertinggi, apatah lagi rawatan perubatan percuma untuk semua.

Di kala ekonomi baru pulih, peruntukan RM1.11 bilion untuk bayaran BKM sudah tentu bukan sedikit.

Daripada sekadar memprovokasi dan menghasut rakyat, PH khususnya DAP perlu memikirkan cara pro-aktif untuk membantu rakyat dan bukannya menyalak segala-galanya.

Saya faham parti politik perlu mencapai perbatuan politik (political mileage), tetapi menggunakan taktik kotor sudah tentu bukan caranya.

Khairul Nidzam Ziaudin
Alor Gajah, Melaka

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast