Orang ramai bertempiaran lari apabila struktur kayu di stadium runtuh ketika acara pertarungan lembu jantan sedang diadakan di Columbia. Foto newsbreak.com

BOGOTA – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 200 lagi cedera selepas struktur runtuh semasa pertarungan laga lembu jantan di tengah Colombia.

Seramai 10 orang lagi dilaporkan dalam keadaan serius.

Rakaman menunjukkan struktur kayu tiga tingkat yang dipenuhi penonton runtuh di sebuah stadium di El Espinal.

Acara tradisional itu melibatkan orang ramai memasuki gelanggang untuk bersama-sama menyertai acara tersebut.

Presiden Gustavo Petro menggesa acara seperti itu diharamkan.

“Saya meminta datuk bandar untuk tidak membenarkan lebih banyak kejadian yang melibatkan kematian orang atau haiwan,” katanya.

Ia bukan kali pertama kemalangan seperti itu berlaku, tambahnya.

Mangsa yang maut termasuk dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak, kata Gabenor Tolima, Jose Ricardo Orozco dan sekurang-kurangnya 30 orang cedera parah.

Seekor lembu jantan juga dikesan terlepas dari stadium menyebabkan keadaan panik di kawasan bandar.

Ahli majlis tempatan Iván Ferney Rojas berkata, perkhidmatan hospital dan ambulans di bandar itu tidak dapat menampung jumlah yang cedera, lapor akhbar El Tiempo.

“Kami memerlukan sokongan daripada ambulans dan hospital berhampiran, ramai orang masih belum dirawat,” kata Rojas dipetik sebagai berkata.

Acara hari Ahad itu adalah sebahagian daripada sambutan perayaan San Pedro yang popular.

Bagaimanapun, Orozco berkata pihak berkuasa wilayahnya akan mengharamkan acara itu kerana ia berbahaya dan kejam terhadap haiwan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast