Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa dinasihatkan tidak usah menimbulkan suasana tidak tenteram dalam parti sendiri dengan membuat andaian tanpa asas yang kukuh dan tepat.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, Annuar sepatutnya menjadi ahli dan pemimpin parti yang bertanggungjawab.

Katanya, jika kita mahu orang menghormati kita, maka kita juga mesti menghormati orang lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, UMNO meruapakan parti yang sudah begitu lama di negara ini, kekuatan dan imejnya bergantung kepada para pemimpin.

Lantaran itu, Annuar tidak perlu melakukan sesuatu yang merosakkan parti.

”Kerana tiada orang lain yang akan menjaga parti kita. Melainkan kita sendiri. Maka, sebagai ahli dan pemimpin dimanapun kedudukan kita. Wajib kita menjaga parti ini,” ujarnya.

Shamsul Anuar mengulas kenyataan Annuar yang mendakwa terdapat beberapa lagi pemimpin UMNO yang nama mereka sudah dicap sebagai musuh politik bakal dipecat.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, tindakan memecat Datuk Seri Ahmad Tajuddin Abdul Rahman sebelum tamat penggal akan hanya membawa parti ke arah krisis dan perpecahan.

Malah, katanya, tindakan ini bercanggah dengan semangat dan resolusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan PAU Khas. – MalaysiaGazette

Ada lagi pemimpin UMNO akan dipecat – Annuar

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast