Former Menteri Besar of Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo arrives at the Syariah Court in Shah Alam for the nusyuz case against his wife, Zaharah Kechik. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 27 JUNE 2022
Former Menteri Besar of Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo arrives at the Syariah Court in Shah Alam for the nusyuz case against his wife, Zaharah Kechik. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 27 JUNE 2022. Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo selepas hadir bagi permohonan kes nusyuz terhadap isterinya Zaharah Kechik ketika di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Foto, MOHD ADZLAN 27 JUN 2022.

SHAH ALAM – Tiada sebab Dr Mohamad Khir Toyo untuk menceraikan isterinya, Zaharah Kechik dan ia merupakan permintaan bekas Menteri Besar Selangor itu.

Mohamad Khir berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk menentukan masa depan rumah tangganya yang dibina sejak 30 tahun itu.

“Tiada sebab saya mahu menceraikan isteri dan ini merupakan permintaan

“Isteri saya minta cerai, saya tiada sebab hendak menceraikannya, jadi itulah puncanya.

“Kita akan biarkan mahkamah tentukan,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Syariah di sini, hari ini.

Terdahulu Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar memerintahkan Mohamad Khir dan Zaharah, 57, melantik hakam islah atau wakil lelaki daripada keluarga masing-masing.

Zaharah Kechik yang merupakan isteri kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo selepas hadir bagi permohonan kes nusyuz ketika di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Foto, MOHD ADZLAN 27 JUN 2022.

Seterusnya hakam keluarga ini akan berjumpa sesama mereka dan menghantar laporan hasil perbincangan tersebut kepada Mahkamah Rendah Syariah.

Perintah tersebut dikeluarkan selepas mahkamah mendapati berlaku ‘shiqaq’ atau perbalahan berpanjangan dalam hubungan suami isteri itu.

Ia susulan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dihadiri oleh kedua-dua plaintif pada minggu lalu gagal mencapai perdamaian dalam rumah tangga mereka.

Pelantikan hakam islah itu mengikut Seksyen 48, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005.

Mahkamah turut menetapkan 14 Julai ini sebagai tarikh sebutan kes tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Khir mempertahankan pendiriannya untuk tidak meneruskan perceraian kerana masih seorang suami yang bertanggungjawab.

“Sebagai suami saya sudah laksanakan tanggungjawab saya sebab saya nampak tiada sebab untuk saya bercerai.

“Saya mendirikan rumahtangga bersama isteri sudah 30 tahun,” katanya lagi.

Mohamad Khir dan Zaharah mendirikan rumahtangga pada 1990 dan dikurniakan seorang anak.

Pasangan itu turut mempunyai lima anak angkat. – MalaysiaGazette