Dr. Mohd Radzi Md Jidin

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin kini berada di Paris untuk mewakili Malaysia ke persidangan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi bertemu dengan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Zamruni Khalid mewakili Malaysia di UNESCO.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, persidangan berkenaan akan berlangsung bermula 28 sehingga 30 Jun ini.

“Persidangan pre-summit kali ini membicarakan tentang transformasi pendidikan serta langkah yang dapat diambil bagi memastikan kemajuan dan kemampanan sistem pendidikan.

“Beberapa sesi perbincangan dan lawatan kerja akan turut diadakan sepanjang berada di sini, khususnya berkaitan dengan transformasi pendidikan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Mohd Radzi turut berkongsi gambar pertemuannya dengan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Zamruni Khalid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast