K. Raven

JOHOR BAHRU- Lebih 300 penumpang dari Singapura dijangka menggunakan Terminal Feri Desaru Coast sehari berikutan pengoperasiannya pada bulan depan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K Raven berkata, kemudahan itu bukan sahaja memudahkan pelancong Singapura ke Johor tetapi ia turut memberi keselesaan kerana mereka tidak lagi perlu bersesak di Tambak Johor dan Linkedua.

“Bermula Julai, Terminal Feri Desaru Coast akan mula beroperasi dengan 300 penumpang sehari dari Singapura. Ia adalah permulaan dan kerajaan negeri akan melihat pelbagai aspek, sekiranya perlu penambahan perkara berkenaan akan dibincangkan.

“Penggunaan feri sebagai salah satu pengangkutan terpenting dari Singapura ke Johor dapat memudahkan pergerakan pelancong,” katanya pada sidang media mengenai Festival Majestic Johor di Bangunan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Johor (Jotic), hari ini.

Hadir sama, Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim.

Terminal Feri Desaru Coast terletak kira-kira enam kilometer dari Bandar Penawar merupakan pintu masuk baharu ke Malaysia.

Terminal feri itu turut dilengkapi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) selain  menyediakan kemudahan maritim yang akan meningkatkan kesalinghubungan destinasi antarabangsa dari Singapura dan Batam termasuk Bintan di Kepulauan Riau, Indonesia.

Pada 31 Mac lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan merasmikan terminal feri tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast