drug case police lockup escapee Perak state assemblyman drug PDRM murder case Jalan Ampang logo
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu rumah cuba membunuh diri dengan sebilah pisau kerana tertekan dengan keluarga beliau yang sering meminta duit daripadanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berkenaan dilaporkan oleh majikan pembantu berkenaan yang berusia 68 tahun pada jam 10.30 malam Ahad ketika wanita itu berada di kediamannya di Taman Tun Abdul Razak.

Jelas beliau, pembantu rumah yang berusia 28 tahun itu berjaya diselamatkan.

“Keesokannya, pihak polis telah tangkap suspek ditempat kejadian. Turut dirampas sebilah pisau yang digunakan semasa kejadian. Suspek tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Mohamad Farouk, ekoran laporan tersebut, pembantu rumah itu ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini.

Hasil siasatan mendapati, wanita berkenaan merupakan salah seorang pembantu rumah warga emas tersebut yang telah bekerja lebih kurang satu tahun, ujarnya.

Menurut Mohamad Farouk, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. – MalaysiaGazette