Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersalaman dengan Menteri Luar Australia, Penny Wong (kiri) ketika menerima kunjungan hormat menteri itu di DoubleTree by Hilton Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 29 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Australia mengulangi komitmen untuk meningkatkana lagi hubungan dua hala dan perdagangan yang teguh didorong Strategik Komprehensif Perkongsian (CSP) melalui usaha sama kedua-dua negara yang terjalin sejak Januari tahun lalu.

CSP bertujuan untuk melakar laluan kepada rangka kerja yang lebih konkrit dalam strategik kerjasama termasuk dalam bidang kemakmuran ekonomi.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hubungan kukuh Malaysia dengan Australia  digariskan merentasi spektrum kawasan strategik yang luas dan komitmen negara dalam hubungan berterusan yang sedia rancak kepada peringkat kerjasama seterusnya dalam perdagangan dan pelaburan.

“Malaysia berharap untuk mengukuhkan lagi kerjasamanya dengan Kerajaan Australia baharu untuk memupuk hubungan perdagangan dan pelaburan memandangkan penumpuan kepentingan kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan pada majlis makan tengah hari bersama  Menteri Luar Australia, Penny Wong dan delegasinya di sebuah hotel di sini hari ini.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Menteri Luar Australia, Penny Wong (kiri) ketika menerima kunjungan hormat menteri itu di DoubleTree by Hilton Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 29 JUN 2022.

Dalam pertemuan itu juga, kedua-dua menteri komited menggalakkan pertumbuhan bersama dengan meneroka peluang baharu untuk meningkatkan kerjasama dalam digital hadapan bagi memajukan pembangunan ekonomi digital iaitu inovasi data, kecerdasan buatan, kemudahan perdagangan dan perlindungan data peribadi.

Mohamed Azmin menambah, dalam mengukuhkan rantaian bekalan Malaysia-Australia, negara mengalu-alukan pengetahuan pemindahan dari Australia berkaitan pembangunan pemetaan rantaian bekalan, rangka kerja dan struktur tadbir urus yang memfokuskan kepada enam industri iaitu Peribadi Peralatan Perlindungan, Farmaseutikal, Peranti Perubatan, Makanan dan Minuman, Elektrik & Elektronik (E&E) dan Automotif.

Beliau juga mengiktiraf sokongan Kerajaan Australia menerusi kerjasama dalam standard makanan yang akan memudahkan perdagangan dan perkhidmatan makanan yang menjadi agenda keselamatan kedua-dua negara di mana akan diselaras antara
badan berkaitan dengan pihak berkuasa negara itu.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali beramah mesra dengan Menteri Luar Australia, Penny Wong (kiri) ketika menerima kunjungan hormat menteri itu di DoubleTree by Hilton Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 29 JUN 2022.

Sementara itu, Penny dalam kenyataan penghargaannya mengakui hubungan kukuh antara Australia dan menekankan komitmen negaranya untuk mendalami dan mengerakan hubungan dua hala dalam ekonomi dan perdagangan dengan Malaysia.

Beliau turut menyifatkan Malaysia sebagai salah satu rakan perdagangan strategik penting di rantau Oceania di mana Australia sentiasa menanti untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan ke tahap yang lebih tinggi melalui
pelbagai platform dua hala, serantau dan pelbagai hala.

Pada tahun 2021, Australia merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di rantau Oceania manakala dalam pelaburan, syarikat Australia terus memilih negara ini sebagai hab untuk operasi mereka dan pintu masuk ke pasaran global.

Projek pembuatan yang dilaksanakan dari Australia yang bernilai RM5.67 bilion telah mewujudkan lebih 20,000 peluang pekerjaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast