Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin

KUALA LUMPUR – Mungkin MIC lupa semasa partinya ‘tersilap’ menyertai Perikatan Nasional (PN) UMNO tidak pernah meminta agar parti itu membuat penjelasan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin menegur Ketua Penerangan MIC, R. Thinalan yang mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat penjelasan mengenai pendedahan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“Sebab itu saya keliru apabila Ketua Penerangan MIC tidak membaca kenyataan Ketua Penerangan UMNO agar tidak perlu mengadu domba. Ingin bertanya, boleh sahaja bertanya pemimpin BN tanpa membuat kenyataan media.

“Kita sudah berada di ambang kemenangan. Barisan Nasional masih berdiri utuh walau pun ditinggal oleh rakan-rakan komponen yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MIC, menurut Muhamad Iqbal, tidak perlu memberi komentar tentang hal dalaman UMNO.

“Biar UMNO menguruskannya. Jurucakap UMNO sudah pun bersuara. MIC tak perlu tampil memanjangkan cerita.

“Esok bila masuk PRU, MIC juga akan dibantu oleh jentera UMNO sepertimana kita telah pun membantu dalam PRN yang melihat kebangkitan semula MIC,” ujarnya.

Nasihatnya kepada Thinalan, usah jaga tepi kain orang dan fokus usaha perkukuhkan MIC bagi menghadapi PRU.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

MIC mahu penjelasan berhubung kenyataan Tajuddin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast