KUALA LUMPUR РPermodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan  pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022.

Agihan yang berjumlah RM300 juta itu akan diagihkan kepada 308,197 pemegang yang memiliki 7.06 bilion unit ASD

Sehingga 24 Jun 2022, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM412.65 juta.

Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank pada 1.89% sebanyak 236 mata asas.

ASNB berkata, pelaburan antarabangsa masih merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan sebanyak 23% dan kekal lebih 20% daripada keseluruhan portfolio.

“Walaupun pasaran menghadapi pergolakan dan ancaman inflasi, PNB kekal teguh dalam memajukan kesejahteraan pemegang unit dengan mengagihkan pulangan yang mampan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu,” katanya.

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB 3 Didik adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi dana tersebut. – MalaysiaGazette