The Chairman of Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad speaks at a news conference on the cooperation between the Malaysian Anti-Corruption Foundation (YARM) and the Al-Bukhary Foundation in Kuala Lumpur. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 01 APRIL 2022.
Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dituduh angkuh kerana enggan menghadirkan diri dalam siasatan oleh Pasukan Petugas Khas Pulau Batu Puteh.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohd Puad Zakarshi mendakwa bekas perdana menteri itu sebagai pengkhianat dan penjenayah.

”Kita tidak lagi boleh berbuat apa apa. Tempoh merayu sudah tamat. Sebagai pengajaran kekal, Tun M mesti disaman dan bayar ganti rugi. RM3 bilion paling sesuai. Baru padan,” katanya sambil menawarkan diri untuk menyaman Ahli Parlimen Langkawi itu demi maruah kerana menjual kedaulatan Johor dan negara.

Mengungkit semula isu itu, Puad berkata, ramai tidak tahu pada 2 Febuari 2017, bekas Peguam Negara Apandi Ali hantar surat ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague untuk mohon semakan kehakiman Pulau Batu Puteh.

ICJ kemudian menetapkan 11 Jun 2018 bagi tarikh pendengaran.

Tetapi pada 14 Mei 2018 (empat hari selepas Pakatan Harapan memerintah) Apandi Ali dipaksa bercuti dan tempat beliau dipangku oleh Peguamcara Negara.

Tambahnya, 18 hari selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri iaitu pada 28 Mei 2018, Peguamcara Negara hantar surat kepada ICJ untuk menarik balik permohonan semakan kehakiman.

Ia tarikh hitam buat negara, tambah Puad.

”Ia dirahsiakan. Rakyat hanya tahu bila tempoh merayu tamat. Rupanya Tun M telah batalkan permohonan semakan kehakiman. Apakah Kabinet tahu. Apa muslihat Tun M?,” soal Puad lagi sambil mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Pulau Batu Puteh dibuat segera. – MalaysiaGazette

Kerajaan kecewa Tun M enggan beri kerjasama isu Pulau Batu Puteh