Pasukan keselamatan adakan memeriksa kenderaan di pintu masuk Makkah. Foto Saudi Gazette

JEDDAH – Individu yang ditangkap kerana cuba mengerjakan haji tanpa permit akan didenda sebanyak SR10,000 (RM11,732.77), kata Jurucakap Keselamatan Awam, Brig. Jeneral Sami Al-Shuwairekh.

Tindakan itu di bawah pelaksanaan arahan haji yang menetapkan setiap individu perlu mendapatkan permit untuk mengerjakan ibadat tersebut.

Lantaran itu, beliau menyeru semua rakyat dan penduduk supaya mematuhi arahan haji.

Al-Shuwairekh menegaskan, anggota keselamatan akan melaksanakan kawalan di semua jalan dan laluan menuju ke Masjidil Haram dan Tapak Suci bagi mengelakkan sebarang pelanggaran. – Saudi Gazette