Ahmad Shabery Cheek hutang peneroka felda
Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Gesaan MIC yang menuntut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kenyataan yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dibidas oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Salak itu adalah cerita tahun 2000.

“Tahun 2021, bila PM 8 jatuh, Anwar tak jadi pun PM 9. Ini real test.

”Lepas tu, PKR dan DAP teruk kena hantam di Melaka dan Johor. Taktik, strategi siapa betul?,” soalnya cukup simbolik.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Penerangan MIC,  R Thinalan berkata, jika dakwaan Tajuddin terbukti benar, maka Majlis Tertinggi Barisan Nasional harus mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan kadar segera.

Mengulas mengenai gesaan itu, Ahmad Shabery berkata, MIC pun dapat jadi calon dan menang dalam pilihan raya negeri serta dapat jadi Exco.

Secara sinikal Ahmad Shabery berkata, orang UMNO patuh pada cakap Presiden UMNO apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyuruh beri kerusi dan menyokong semua calon MIC.

”Ada luka ada cerita. Bukak cerita, bukak luka.

”Bukan senang tahu. Lebih lagi ada cerita orang MIC tak suka Presiden UMNO. Mahu masuk PN,” katanya.

Jelas beliau, apabila kisah lama dibuka ia bermakna membuka luka semula.

Ironinya, tambah beliau, mahu tangkap buaya, kena pakai umpan ayam.

”Kasi makan ayam bukan sebab sayang itu buaya. Buaya pun tak tahu harga ayam tengah mahal. Tapi yang penting buaya ditangkap. Sungai pun aman. Ada faham?,” tegasnya. – MalaysiaGazette

MIC mahu penjelasan berhubung kenyataan Tajuddin

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast