– Minister of Plantation Industries and Commodities, Datuk Zuraida Kamaruddin PBM resigns Bersatu
Datuk Zuraida Kamaruddin.

KUALA LUMPUR – Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi digesa meningkatkan penguatkuasaan bagi membendung perbuatan peniaga yang mengaut keuntungan secara melampau.

Bakal Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan perlu tegas mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Kami telah menerima banyak maklum balas bahawa sesetengah peniaga menaikkan harga, dalam beberapa kes melebihi harga siling yang ditetapkan oleh Kerajaan. Kerajaan mesti dilihat bertindak tegas terhadap peniaga-peniaga ini dan mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya menerusi kenyataan.

Zuraida menyambut baik penubukan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi demi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Pasukan yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

“PBM optimis bahawa usaha pelbagai kementerian ini dapat membantu membendung inflasi pada kadar yang boleh diurus,” tambahnya.

Zuraida berkata, dalam masa yang sama rakyat perlu sedar bahawa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pada waktu kini sebahagian besarnya merupakan kesan daripada perang di Ukraine, gangguan rangkaian bekalan dan keadaan cuaca global yang tidak menentu.- MalaysiaGazette