Lee Zii Jia.

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tersingkir di pusingan kedua Terbuka Malaysia di hadapan penonton sendiri hari ini.

Kekalahan itu menyebabkan impian Zii Jia kembali merampas gelaran Terbuka Malaysia dalam acara perseorangan lelaki berkecai selepas kali terakhir dimenangi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2018.

Chong Wei adalah pemenang terbanyak sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1937 dengan 12 gelaran bagi acara perseorangan lelaki.

Pada aksi di Axiata Arena Bukit Jalil, Zii Jia gagal dimanfaatkan pemain nombor lima dunia apabila tumbang di tangan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia, 19-21, 21-19, 16-21 dalam aksi yang berlangsung selama 66 minit.

Aksi pemain perseorangan Lelaki Malaysia, Lee Zii Jia ketika menentang pemain perseorangan Lelaki Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito pada perlawanan pusingan kelayakan dalam Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 JUN 2022.

Kekalahan pemain berusia 24 tahun menyaksikan tiada lagi wakil negara dalam acara perseorangan lelaki selepas dia menjadi wakil tunggal yang berjaya layak ke pusingan kedua selepas kekalahan Liew Daren dan Ng Tze Yong di pusingan pertama.

Momota yang juga juara dunia dua kali mara ke kelompok lapan terbaik selepas menundukkan pemain Hong Kong, Ng Ka Long 11-21, 21-8, 21-18.

Dalam dua kejohanan terakhir Zii Jia sebelum ini di Jakarta menyaksikan dia mara sehingga suku akhir Masters Indonesia sebelum terkandas di separuh akhir Terbuka Indonesia.

Aksi pemain perseorangan Lelaki Malaysia, Lee Zii Jia ketika menentang pemain perseorangan Lelaki Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito pada perlawanan pusingan kelayakan dalam Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 JUN 2022.

Pada Mei lalu, dia yang dibimbing jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya berjaya merekodkan dua gelaran apabila mengungguli saingan Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina dan Terbuka Thailand di Bangkok.

Zii Jia sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila memutuskan untuk menarik diri daripada beraksi di Sukan Komanwel Birmingham 2022 bagi membolehkan dia memberi fokus sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi Kejohanan Dunia.

Sukan Komanwel Birmingham 2022 akan bermula pada 28 Julai hingga 8 Ogos dan Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun bakal berlangsung dari 22 hingga 28 Ogos. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast