Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang lemas di di kolam takungan Taman Cahaya, Sungai Chua.

KUALA LUMPUR – Dua beranak ditemui lemas selepas bot yang dinaiki bersama seorang lagi anak lelakinya terbalik di kolam takungan Taman Cahaya, Sungai Chua.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang memaklumkan, mangsa Mohd Adnan Johdi, 50-an, ditemui pukul 5.12 petang tadi pada kedalaman lapan meter di dalam tasik.

Manakala anaknya Hakimi Mohd Adnan, 15, masih belum ditemui sehingga kini.

“Seorang lagi anak mangsa Mohamad Mustaqim Mohd Adnan, 17, ditemui selamat selepas bomba menerusi Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) melakukan pencarian di atas permukaan tasik.

“Kita masih lagi menjalankan operasi bagi mencari anak mangsa yang belum ditemui,” katanya menerusi kenyataan.

Seramai 15 anggota bomba digegaskan ke lokasi kejadian untuk membantu menyelamatkan mangsa bersama beberapa lagi pasukan penyelamat yang lain, katanya.

Tambahnya, kesemua anggota bomba terbabit adalah dari balai Kajang, Bangi, Bandar Tun Hussein Onn, Serdang, Kepong, Peabuhan Klang dan Shah Alam. – MalaysiaGazette