Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO mendakwa seorang menteri sudah mati rasa apabila mendakwa kenaikan harga barang sekarang bukan masalah besar.

Apatah lagi apabila beliau membuat perbandingan dengan negara luar, kata Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan seorang timbalan menteri Pas yang menyifatkan kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada pengguna Malaysia kerana situasi rakyat di negara ini lebih baik berbanding rakyat di negara lain yang dikatakan lebih teruk.

Dalam kenyataan yang dipetik dari sebuah media, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, berbanding dengan rakyat dari negara lain, mereka di negara luar lebih teruk keadaannya.

”Dalam kes kita, kerajaan kita masih mempunyai keupayaan untuk membantu rakyat dan kita akan terus mencari jalan untuk membantu rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Nik Muhammad Zawawi berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau ini yang memperuntukkan sejumlah besar wang untuk memberi subsidi bagi membantu rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast