Wakil Gabungan Gerakan Mahasiswa, Aliff Naif Mohd Fizam bercakap kepada media selepas pidato daripada pemimpin-pemimpin Gabungan Gerakan Mahasiswa dalam program ÒSpekaers CornerÓ di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Golongan mahasiswa digesa tidak berdiam diri dalam menangani isu kenaikan harga barang yang berlaku ketika ini kerana rakyat bergantung dengan golongan itu dalam memperjuangkan isu tersebut.

Wakil Gabungan Gerakan Mahasiswa, Aliff Naif Mohd Fizam berkata, rakyat berdepan risiko untuk bersuara kerana memiliki pekerjaan dan keluarga mereka untuk ditanggung.

Sebahagian mahasiswa memegang plakad ketika hadir bagi mendengar pidato daripada pemimpin-pemimpin Gabungan Gerakan Mahasiswa dalam program ÒSpekaers CornerÓ di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 JULAI 2022.

“Bukan untuk berdiam diri dan tugas kita adalah bersuara, saya tahu rakyat ada risiko bila bersuara ada kerja ada keluarga yang perlu ditanggung.

“Jadi biarlah golongan mahasiswa menanggung risiko itu untuk menuntut keadilan buat rakyat Malaysia,” katanya yang juga Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Speaker’s Conner di Pasar Seni di sini hari ini.

Aliff Naif menambah, tuntutan pertama mahasiswa agar gaji menteri dipotong supaya mereka dapat merasai kebersamaan bersama rakyat.

Sebahagian mahasiswa memegang plakad ketika hadir bagi mendengar pidato daripada pemimpin-pemimpin Gabungan Gerakan Mahasiswa dalam program ÒSpekaers CornerÓ di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 JULAI 2022.

Namun tegas beliau, tuntutan itu tidak diendahkan malah ada timbalan menteri yang mengeluarkan kenyataan yang menjengkelkan.

“Kelmarin Timbalan Menteri MAFI ( Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi) kata masalah kenaikan harga bukan masalah besar dan nampak sangat beliau tak faham.

“Kalau gaji berbelas ribu jangan cakap kesengsaraan rakyat

“Kita mahu menyedarkan mereka yang membuta tuli apa yg rakyat hadapi.

“(Malah) kerajaan tubuh lagi jawatankuasa dan berapa banyak hendak tubuh yang dipimpin oleh orang kaya macam mana mereka hendak faham isu rakyat.

“Jadi mahasiswa jangan berdiam diri kerana rakyat bergantung dengan kita dan ini soal mak ayah kita, pakcik makcik kita dah makcik cleaner di kampus,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast