Johar Amat (kanan) menerima lesen daripada wakil Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC). Penyerahan rasmi lesen diraikan di DIFC di Dubai pada 30 Jun 2022.

KUALA LUMPUR – Shoraka Suyula Platform (SSP), anak syarikat Shoraka Digital Ventures (Shoraka DV) memperoleh Lesen Inovasi dari Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai , (DIFC) untuk beroperasi di salah sebuah pusat kewangan global terkemuka di Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara (MEASA).

Usaha mendapatkan lesen ini merupakan langkah pertama yang penting bagi peluasan syarikat Shoraka DV rantau ini,” kata pengarah urusannya, Johar Amat.

Beliau berkata, kehadiran syarikat di salah sebuah hab fintech paling aktif di dunia akan membolehkan SSP, syarikat pemula fintech mengendali Platform Re-Rahnu, memanfaatkan bakat berkemahiran di pasaran global dan rangkaian luas yang
tersedia di DIFC Fintech Hive.

”Lesen ini akan menjadi medium yang akan membawa Shoraka Suyula Platform melangkaui Asia Tenggara, sekali gus melebarkan operasinya di luar pasaran Malaysia, kata Johar.

Shoraka DV adalah cabang teknologi digital di bawah Shoraka Group.

Shoraka DV merupakan sebuah syarikat Malaysia yang menawarkan perkhidmatan dalam berkhidmat dalam industri teknologi digital dan membina beberapa platform Fintech yang tersendiri seperti Shoraka Suyula Platform.

DIFC adalah hab kewangan terkemuka bagi rantau MEASA, ia mempunyai Hab Inovasi DIFC, yang merupakan ekosistem pertama di rantau ini yang didedikasikan untuk menyatukan komuniti Fintech dan inovasi demi masa depan kewangan dan
ekonomi.

Penyerahan rasmi lesen itu diraikan di DIFC oleh kedua-dua pihak pada 30 Jun. – MalaysiaGazette