Takiyuddin Hassan

SEPANG – Pas tidak mahu melayan kenyataan sinis seorang pemimpin UMNO Johor yang melabel menteri Kabinet daripada Pas sebagai “Cap ayam”.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas juga tidak perlu menjawab mengenai perkara itu.

Katanya, dilabel sebagai cap ayam lebih baik daripada dicap sebagai “bulldog”.

“Cap ayam lebih baik daripada cap bulldog, bulldog lagi teruk, cap ayam tak apa lagi.

“Takpelah tak payah jawab, benda tu tak perlu layan sangat,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa menteri Kabinet daripada Pas gagal memikul tanggungjawab dengan baik.

Menurut Nur Jazlan, kelemahan kepimpinan parti berkenaan turut menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat perlu menanggung pelbagai masalah negara.

Katanya, menteri-menteri daripada Pas lebih bergaya dengan kedudukan dan pangkat yang ada, namun tidak kompeten dalam melakukan kerja. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Yg paling tak guna ialah Duta Tugas2 Khas ke Timur Tengah yg bertaraf Menteri…dan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara juga bertaraf Menteri…dua2 makan gaji buta…duit haram!

Comments are closed.