MGNews: Penganggur Dituduh Bunuh Pelajar

Lee Wei Chen 24 tahun, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini kerana disyaki menyebabkan kematian pelajar tingkatan 4 di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang, 26 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga seorang penganggur, melakukan perbuatan itu kira-kira jam 3.40 pagi.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.