Foto Instagram Nelydia Senrose.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Nelydia Senrose, 27, berkongsi berita gembira apabila dia dan suaminya akan melaksanakan ibadah haji.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Nelydia menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya.

“Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawadhu’ diatas kebesaran Sang Pencipta yang Maha Pengasih dan mengasihani yg mengizinkan kami utk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah Haji.

“Ini adalah anugerah Allah yang Maha Agung buat kami berdua. Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya,” tulisnya.

Pada Disember tahun lalu, pelakon berkenaan berkesempatan menunaikan ibadah umrah.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut memohon maaf dan memohon dititipkan doa yang baik buat dia dan suami. – MalaysiaGazette