Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar (PEKA) Universita Malaysia Pahang (UMP) mengagihkan makanan percuma kepada pelajar menjelang musim Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi Akademik 2021/2022.

PEKAN – Menjelang musim peperiksaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjaga kebajikan dan kesejahteraan penuntutnya dengan menyediakan sarapan pagi dan snek malam percuma.

Ia diberi bukan sahaja kepada pelajar sama ada yang tinggal di residen mahu pun luar kampus.

Menurut Naib Canselor UMP, Prof Datuk Ts Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, pihaknya prihatin terhadap isu kenaikan harga makanan pada masa ini dan usaha tersebut bagi mengurangkan beban pelajar.

Naib Canselor UMP, Prof Datuk Ts Dr. Yuserrie Zainuddin

Menurutnya, pelaksanaan agihan makanan kepada pelajar secara percuma dijalankan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar (PEKA) menjelang musim Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi Akademik 2021/2022.

Justeru, pihak  universiti  akan memantapkan kawalan harga makanan dan sentiasa cakna terhadap kebajikan pelajar UMP yang kebanyakannya dalam golongan B40.

“UMP bakal memperkenalkan pakej harga makanan menang-menang dan menu harga bajet hasil kerjasama dengan pengusaha dan pelbagai pihak terbabit.

“Pada masa yang sama kebajikan pihak pengusaha kafetaria turut dipelihara kerana mereka turut berhadapan dengan kenaikan harga barangan namun tetap perlu mengekalkan harga makanan pada kadar sedia ada,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, jelas Dr. Yuserrie berkata, pihak universiti akan terus mempergiat kemudahan UMP Kasih iaitu Kupon Makan untuk pelajar yang kesempitan.

Kemudahan tersebut membolehkan pelajar menggunakan aplikasi [email protected] untuk mendapatkan makanan secara percuma bagi yang layak di kafeteria kampus untuk semester akan datang.

Dalam pada  itu, pihaknya juga sedang mengadakan perbincangan mengenai inisiatif penyediaan  pakej makanan Ready to Eat melalui  teknologi retort di bawah  inisiatif [email protected] (UMP Campus Pantry) dengan kerjasama dengan pelbagai pihak terbabit.

UMP turut merangka pelan jangka masa panjang dengan membangunkan Sustainable Campus Life Planning yang komprehensif meliputi pelan makanan, asrama , pengangkutan, peranti dan lain-lain.

Untuk rekod sehingga kini,  lebih 4,000 pelajar UMP telah menerima manfaat melalui program sumbangan [email protected] Keluarga Malaysia hasil inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama agensi lain. – MalaysiaGazette