Tinjauan udara menunjukkan jambatan menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi roboh akibat banjir baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) akan membina Jambatan Bailey bagi menghubungkan Kampung Iboi dengan Kampung Masjid Iboi yang roboh akibat banjir Isnin lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, arahan itu sudah diberikan selepas menerima panggilan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang memohon Angkatan Tentera Malaysia membina Jambatan Bailey.

”RAJD sudah turun ke lokasi untuk membuat tinjauan kerja-kerja pembinaan jambatan itu,” katanya. – MalaysiaGazette