Pertemuan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D. McFeeters di pejabat beliau di Iskandar Puteri hari ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor sedang memperhalusi kesemua perancangan dan idea bagi merealisasikan pembangunan holistik di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha produktif itu dikongsikan pada pertemuan bersama Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D. McFeeters di pejabat beliau di Iskandar Puteri hari ini.

“Selamat datang ke Johor! Antara perkara yang dibincangkan adalah pontensi pelaburan baru dan pelaburan semula oleh syarikat-syarikat AS yang berada di Negeri Johor.

“Selain soal pembangunan ekonomi, turut dibincangkan kerjasama program pembangunan modal insan dan pembentukan kepimpinan masa depan Negeri Johor,” jelasnya menerusi kenyataan medianya hari ini.- MalaysiaGazette