Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 melonjak kepada 2,933 semalam, berbanding 1,918 yang dilaporkan kelmarin.

Kenaikan kes itu menjadikan jumlah terkumpul jangkitan terus bertambah kepada 4,540,965.

Manakala tiga kes kematian direkodkan dalam tempoh sama, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,787, menurut data COVIDNOW.

Kes aktif yang direkodkan semalam juga bertambah kepada 30,019 berbanding 29,382 kelmarin.

Kes yang dirujuk di hospital turut bertambah kepada 1,238 semalam berbanding 1,172 sehari sebelumnya.

Daripada jumlah itu 42 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 25 memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette