MGNews: UPNM Juara Liga Bola Sepak IPT Piala Menteri

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) muncul juara Liga Bolasepak Institut Pengajian Tinggi Piala Menteri bagi edisi 2019/2020 yang julung kali diadakan malam tadi.

Dalam aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu UPNM selaku pelawat telah menundukkan pasukan UKM dengan agregat 3-0 untuk bergelar juara liga tersebut.