KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak empat sen seliter kepada RM4.80 seliter bagi 7 Julai 2022 hingga 13 Julai 2022.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing masih kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter, kata Kementerian Kewangan.

Pengekalan bahan bakar itu bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Katanya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette