Makanan percuma kepada pelajar melalui Gerobok Rezeki.

KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperkenalkan beberapa inisiatif melalui tagline #UMTPrihatin dan #HEPACakna bagi membantu pelajar menghadapi suasana kehidupan di kampus berikutan kenaikan harga barang terutamanya harga makanan.

Naib Canselor UMT Profesor Datuk Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar berkata, UMT universiti melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah mengenal pasti pelajar yang kurang berkemampuan daripada golongan B40 dengan menyediakan Bantuan Dana Siswa dan Dana Asnaf Zakat berupa wang sara hidup.

Dana siswa dan Dana Asnaf Zakat yang diagihkan sejak Januari sehinggan Jun 2022 berjumlah RM542,165 telah memberi manafaat kepada 7,324 pelajar UMT yang memerlukan.

Tambahnya lagi pengecualian bayaran sewaan premis kafetaria di dalam kampus selama enam bulan bermula Julai hingga Disember 2022 dijangka dapat membantu
pengawalan kenaikan harga sekaligus dapat menyerap kos peningkatan harga makanan yang memberi impak kepada pelajar.

”UMT turut melaksanakan pengawalan dan pemantauan kadar harga makanan serta kualiti perkhidmatan di kafetaria dalam kampus dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi memastikan tiada kenaikan harga yang tidak sepatutnya,” katanya.

Menurut Mazlan, penyediaan menu Keluarga UMT pada kadar harga siling RM3.50 per hidangan bagi menu-menu terpilih di kafetaria dalam kampus dilaksanakan agar setiap pelajar dapat menikmati hidangan.

Ujarnya lagi Program Ziarah Cakna Pelajar Luar Kampus dengan menyediakan sumbangan bahan mentah untuk penyediaan makanan turut dilaksanakan dalam meringankan beban pelajar.

Bantuan makanan percuma melalui program Act-of-Kindness dan Gerobok Rezeki Mutiara UMT (AOK-GR) hasil sumbangan agensi korporat dan individu yang mula dijalankan sejak tahun 2017 masih diteruskan dengan menyediakan masakan dan barangan percuma kepada pelajar di asrama.

Jualan makanan ringan dan panas tanpa keuntungan yang dijalankan juga dapat membantu meringankan beban kewangan pelajar.

Pelajar hanya perlu membawa bekas makanan sendiri untuk mendapatkan makanan yang disediakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast