KUALA LUMPUR – Grab Malaysia telah melancarkan ‘Grab Intercity’, perkhidmatan yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk membeli tiket bas dan feri di aplikasi Grab. ia menyediakan lebih 15,000 laluan perjalanan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata pengguna akan dapat membeli tiket bas ke lebih 30 destinasi di Singapura dari 11 negeri dan bandar berbeza di seluruh Malaysia.

“Dengan mengembangkan tawaran perkhidmatan perjalanan kami, pengguna boleh merancang percutian mereka tanpa memerlukan banyak aplikasi.

“Kami berharap kemudahan ini adalah memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia untuk membuat persediaan sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan datang,” kata Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara Grab Malaysia Rashid Shukor.

Laluan antara Malaysia dan Singapura akan disediakan untuk tempahan dan pembelian di Grab Intercity mulai hari ini.

Sempena pelancaran itu, pengguna juga akan menerima diskaun 10 peratus untuk semua tiket yang ditempah melalui perkhidmatan tersebut.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast