Foto: Ismail Sabri Yaakob

ANKARA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis diberikan sambutan rasmi di Kompleks Presiden di sini.

Ketibaan beliau disambut oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Perdana Menteri berada di republik itu untuk mengadakan lawatan rasmi selama empat hari atas undangan Erdogan.

Sejurus Ismail Sabri tiba di kompleks itu, lagu kebangsaan Malaysia ‘Negaraku’ dan lagu kebangsaan Turkiye dimainkan, sebelum beliau diiringi Erdogan memeriksa barisan kawalan kehormat. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast