Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penduduk sekitar Tawau, Semporna dan Lahad Datu di Sabah diminta agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di tempat mereka pada 12 hingga 21 Julai ini.

Menerusi satu kenyataan, TUDM memaklumkan, penerbangan itu merupakan latihan taktikal secara rendah yang dilakukan oleh pihaknya.

Katanya, ia bertujuan menilai kecekapan anak kapal TUDM serta menguji tahap kesiapsiagaan aset-aset bagi menjamin pelaksanaan operasi dengan lebih berkesan.

Tambahnya, latihan yang dijalankan nanti turut melibatkan Tentera Darat Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. – MalaysiaGazette