covid-19
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan pendaftaran bersyarat produk Veklury sebagai pengganti bagi vaksinasi Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan dibuat menerusi Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-374 yang bersidang hari ini.

Katanya, kelulusan pendaftaran bersyarat dibuat berdasarkan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk antivirus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, Gilead Sciences Malaysia Sdn. Bhd. merupakan pemegang pendaftaran produk manakala pengilang pula adalah Patheon Manufacturing Services LLC di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Noor Hisham memberi jaminan bahawa KKM akan terus mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat–ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan Covid-19 di Malaysia secara berkesan dan selamat. -MalaysiaGazette