T-Rex 2 sudah berada di pasaran.

KUALA LUMPUR – Zepp Health Corporation yang mengeluarkan jam tangan pintar jenama Amafit, melancarkan T-Rex 2, iaitu sebuah jam tangan pintar luar, lasak dan serba boleh, dengan demonstrasi ketahanan dan kepelbagaiannya oleh profesional panjat dinding dari Camp5, sebuah gim mendaki, di pasaran tempatan hari ini.

Bagi membuktikan ketahanan jam tersebut AmazfitT-Rex 2 telah dihantar ke angkasa lepas dalam usaha membuktikan kekuatannya dalam persekitaran yang melampau, bermula di bandar Sheffield di United Kingdom.

Jam pintar ini dihantar dengan kapal angkasa ringan yang dilengkapi dengan sistem penjejakan dan kawalan yang berfungsi sepenuhnya, serta kamera on-board untuk merakam sorotan paling menarik selama dua setengah jam perjalanan pergi dan balik.

Pengurus Negara bagi Amazfit Malaysia, Benky Lin berkata, Amazfit T-Rex 2 telah lulus 15 ujian gred tentera dan boleh kekal berfungsi pada suhu serendah -30 ℃ melalui ciri operasi suhu ultra rendah berserta hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 24 hari, ia didatangkan dengan dwijalur, kedudukan 5-satelit dan import laluan dan navigasi masa nyata untuk kegunaan luar yang optimum.

Dibangunkan untuk apa sahaja keadaan bumi, Amazfit T-Rex 2 juga boleh menahan haba sehingga 70 darjah Celcius,  mempunyai rintangan kelembapan 240j, rintangan semburan garam 96j dan rintangan kejutan.

“Tidak dinafikan bahawa Amazfit T-Rex 2 adalah salah satu jam tangan pintar yang paling lasak di pasaran. Ujian gred tentera memastikan ia boleh menahan tekanan rendah dan tinggi, haba dan sejuk melampau, hujan, garam, pasir, habuk, getaran, kejutan, asid dan kulat.

”Amazfit T-Rex 2 dibina untuk ketahanan dan serba boleh serta untuk kegunaan aktiviti luar yang hebat serta untuk latihan kekuatan dalam apa jua keadaan.” katanya di majlis pelancaran jam tersebut.

Mengulas lanjut katanya, pemakai boleh mencipta templat latihan mereka sendiri untuk 11 jenis sukan berbeza melalui aplikasi Zepp, yang dikuasakan oleh sistem pengendalian Zepp dan termasuk ekosistem yang kaya dengan lebih 10 apl mini untuk interaksi yang lancar.

Amazfit T-Rex 2 juga mempunyai banyak pilihan lebih 150 mod sukan termasuk mod triatlon menguji keliatan, mod larian trek rakaman data pusingan profesional, dengan pembetulan trajektori pintar dan mod hayunan golf yang lebih santai.

Penampilan Amazfit T-Rex 2 diilhamkan oleh semangat alam semula jadi dan terdapat dalam Astro Black & Gold, Ember Black, Wild Green dan Desert Khaki.

Ia bergaya lasak dengan paparan HD AMOLED yang membolehkan pemakai memuat turun berdozen muka jam dengan paparan sentiasa hidup padan atau imej unik kepada pemakai.

Amazfit T-Rex 2 didatangkan dengan waranti setahun dan dijual pada harga RM799 setiap satu.

Bersempena pelancarannya, Amazfit T-Rex 2 akan ditawarkan eksklusif untuk Kedai Dalam Talian Shopee dengan harga promosi kedai dari 6 Julai hingga 8 Julai.

Semasa promosi ini, terdapat juga satu Powerbuds Pro, GTS 2 mini dan Band 5 setiap satu untuk dimenangi. Seramai 100 pembeli pertama T-Rex 2 akan mendapat hadiah botol sukan Amazfit dan pelindung skrin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast