Banyak klinik swasta di Negeri Johor mengalami bekalan ubat. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Stok-stok ubat di klinik swasta di Johor semakin kritikal.

Presiden Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Boi Saidi Abdul Razak berkata, beberapa klinik di negeri itu semakin kehabisan stok ubat batuk kanak-kanak.

Bekalan ubat selsema, ubat batuk lelah dan antibiotik juga semakin menyusut

Beliau mendakwa, klinik-klinik swasta gagal menempah ubat melalui wakil-wakil pemasaran pengeluar ubat kerana dimaklumkan stok ubat di negara ini masih belum pulih.

“Jika stok-stok ubat ini kehabisan, klinik-klinik di negeri ini tidak dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Bagaimanapun, jika terdesak, klinik-klinik swasta tiada pilihan selain meminjam stok ubat daripada klinik kesihatan kerajaan.

Boi Saidi berkata, Perdim akan membawa isu ini sekali lagi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia supaya masalah ini dapat diatasi dengan segera. – MalaysiaGazette