Covid-19 screening cases
Gambar hiasan

OMICRON variant BA.4 dan BA.5 kini dikesan dan meningkat dengan jumlah kes yang tinggi di lebih 100 buah negara, termasuklah negara-negara dengan liputan vaksinasi yang tinggi seperti Israel dan United Kingdom.

Kemungkinan besar, negara kita juga tidak terkecuali.

Omicron Varian BA 4 dan 5 adalah lebih berjangkit daripada varian dan sub varian Covid-19 sebelumnya dan lebih berupaya mencegah pertahanan imun yang disebabkan oleh vaksin atau oleh jangkitan semula jadi.

Oleh itu, walaupun seseorang itu telah dijangkiti oleh Omicron variant terdahulu, mereka masih boleh dijangkiti sekali lagi dengan Omicron variant BA 4 atau BA 5.

Kini terdapat ramai orang yang telah dijangkiti kali kedua atau ketiga.

Jumlah ini akan bertambah terutamanya dengan Omicron variant BA 4 dan BA. 5. Kemungkinan untuk dijangkiti semula (re-infection) dengan salah satu varian Omicron setiap dua hingga tiga minggu boleh berlaku

Apabila bilangan kes meningkat, kemasukan ke hospital dan kematian akan menyusul.

Berapa banyak kemasukan ke hospital atau kematian yang akan berlaku – ini tidak pasti – adakah ianya akan menjadi seperti gelombang Delta (2021) atau gelombang Omicron pada awal tahun ini?

Apa yang dilihat kini juga adalah, dengan setiap jangkitan Covid-19, ianya tidak memberikan imuniti. Bukti terkini menunjukkan bahawa jangkitan kedua, menggandakan risiko kematian, pembekuan darah dan kerosakan paru-paru.

Ia juga meningkatkan risiko kemasukan ke hospital sebanyak tiga kali ganda.

Dengan kemungkinan gelombang kes baharu yang semakin meningkat, saya menggesa orang ramai untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga.

Elakkan diri dan keluarga dari dijangkiti. Pastikan pelitup muka sentiasa digunakan.

Pengudaraan dan penapisan yang lebih baik di sekolah dan tempat kerja. Elakkan dari berada di kawasan yang sesak. Pastikan vaksinasi anda lengkap.

Sekiranya tidak sihat lakukan ujian Covid-19.

Covid-19 bukan selsema. Setiap jangkitan boleh menjejaskan sistem imun anda.

Risiko Long Covid juga meningkat dengan setiap jangkitan. Jangkitan semula (re-infection) memudaratkan sistem imun badan dan meningkatkan risiko kemasukan ke hospital serta kematian.

Noran Naqiah Mohd. HairiProf. Dr. Noran Naqiah Mohd. Hairi
Pakar Epidemiologi dan Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan
Fakulti Perubatan, Universiti Malaya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast