KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara menafikan membuat ketetapan bahawa perbicaraan kes SRC membabitkan Datuk Seri Najib Razak adalah tidak sah kerana kesilapan prosiding.
Lantaran itu, jabatan tersebut menafikan kenyataan yang tersebar itu dan menegaskan ia sama sekali tidak benar dan palsu.
Sebaliknya, Jabatan Peguam Negara berkata, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan pendengaran rayuan kes SRC melibatkan Najib yang akan dibicarakan bermula 15 Ogos 2022, yang mana jabatan ini akan hadir sebagai responden/pendakwa raya.
“Jabatan ini akan meneruskan dengan rayuan kes tersebut dan akan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – MalaysiaGazette