Gambar hiasan

KUANTAN – Aliran trafik dari Bentong menuju Karak menghala ke Lumpur pada 4 petang ini masih terkawal walaupun pergerakan perlahan sepanjang 16.2 kilometer dari KM76.6 heningga KM60.4 berikutan pertambahan kenderaan menghala ke Kuala Lumpur.

Pergerakan kenderaan di beberapa lokasi dilaporkan perlahan sejauh 3.8 kilometer iaitu dari KM58.9 hingga KM55.1 (Bentong-Lentang), sepanjang 2.2 kilometer dari KM27.5 hingga KM 25.3 (Gombak) dan sejauh 3.3 kilometer dari KM23.1 ke Tol Plaza Gombak (Gombak).

Sementera itu di Lebuhraya Pantai Timur 1, trafik sesak sepanjang 2.1 kilometer dari KM78.7 hingga KM 76.6 (Karak) dan sebanyak 34,551 buah kenderaan melalui laluan Kuala Lumpur-Karak bermula jam 6 pagi sehingga tengah hari tadi.

Menurut Anih Berhad, sebanyak 15,591 pengguna melalui laluan Kuala Lumpur- Karak mehala ke Timur manakala sejumlah 18,960 lagi menghala ke Barat.

Daerah yang mencatatkan laluan keluar paling tinggi yang susur keluar ke Plaza Tol Gambang sebanyak 2,663 kederaan, ujarnya

Laluan susur keluar Plaza Tol Temerloh mencatatkan 2,151 kenderaan dan Plaza Tol Kuantan pula mencatatkan 1,659 pengguna jalan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast