Pelancaran ujian peluru berpandu hipersonik oleh Pyongyang pada 11 Januari 2022 di Korea Utara. Foto KCNA

SEOUL – Korea Utara didakwa melepaskan tembakan pada hari Ahad, kata Ketua Staf Bersama Korea Selatan (JCS).

JCS dalam satu kenyataan berkata, ia mengesan trajektori (laluan melengkung) yang dianggap sebagai tembakan artileri yang dilepaskan daripada berbilang pelancar roket kira-kira 6.21 petang hingga 6.37 waktu tempatan.

Menurut agensi berita Yonhap, tentera Korea Selatan melihat trajektori dua tembakan artileri Korea Utara.

Pada 12 Jun lalu, Pyongyang melepaskan sekitar lima das tembakan daripada pelbagai pelancar roket di luar pantai baratnya.

Tembakan artileri Korea Utara itu berlaku selepas enam jet pejuang F-35A Amerika Syarikat tiba di sini pada 5 Julai untuk menjalankan latihan bersama dengan pesawat pejuang Korea Selatan sehingga 14 Julai. – Xinhua