Foto: FB Gotabaya Rajapaksa

COLOMBO – Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe yang beliau akan meletakkan jawatan seperti yang diumumkan sebelum ini, kata pejabat perdana menteri pada Isnin.

Sabtu lalu, Speaker Parlimen berkata, Rajapaksa akan meletakkan jawatan pada hari Rabu ini , selepas beribu-ribu penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasmi presiden. – Reuters