ACP Noor Dellhan Yahaya

KUALA LUMPUR – Lapan wanita yang disyaki pelacur antara 25 yang ditahan dalam serbuan polis di sebuah premis penjalankan aktiviti pelacuran di Tun H.S.Lee, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, turut ditahan dan diperiksa enam penjaga premis dan 11 pelanggan berusia di antara 21 hingga 54 tahun.

Katanya, ketika serbuan polis turut merampas wang tunai RM900, 564 kondom, 108 gulung tisu, lapan botol minyak pelincir dan 10 buku catitan aktiviti harian.

“Semua tangkapan direman empat hari bermula hari ini hingga 14 Julai untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, kes bekenaan disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 373 Akta yang sama.

“Selain itu, selari juga dijalankan di bawah Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959/63 di atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut memohon kerjasama daripada orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti pelacuran di Daerah Dang Wangi. -MalaysiaGazette